Sunday, December 4, 2011

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
Peranan Dan Tanggungjawab
  1. Pengetua/Guru Besar
                          i.            Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah
                        ii.            Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif
                      iii.            Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif
                      iv.            Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah
                        v.            Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan  murid program pendidikan inklusif di sekolah
                      vi.            Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah
                    vii.            Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif


       B.  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

                          i.            Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah
                        ii.            Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif
                      iii.            Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif
                      iv.            Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program  pendidikan inklusif di sekolah.
                        v.            Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan  murid program pendidikan inklusif di sekolah.
                      vi.            Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah.
                    vii.            Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan  inklusif

  1. Guru Kelas
                          i.            Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                        ii.            Bersama guru pendidikan khas merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa
                      iii.            Menerima kemasukan murid berkeperluan khas
                      iv.            Membuat penilaian
                        v.         Membuat laporan prestasi  murid berkeperluan khas

C.  Guru Mata pelajaran 
                             i.         Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                           ii.         Bersama guru pendidikan khas merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa
                         iii.         Menerima kemasukan murid berkeperluan khas
                         iv.         Membuat penilaian
                           v.         Membuat laporan prestasi  murid berkeperluan khas

  1. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)
                          i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                        ii.Merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran
                      iii.Mengenalpasti kesediaan murid berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif
                      iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif
                        v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
                      vi.membimbing murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas  semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana
                    vii.menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di  aliran perdana
                  viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif

  1. Murid Berkeperluan Khas
                          i.            Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
                        ii.            Tiada masalah tingkah laku berat
                      iii.            bersedia belajar di kelas aliran perdana
                      iv.            Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

    E. Rakan pembimbing
                          i.            Menerima kehadiran murid berkeperluan khas dalam kelas
                        ii.            Rakan Pembimbing
                      iii.            menjadi ‘role model’

     F. Ibu bapa
                          i.            Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas
                        ii.            Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas
                      iii.            Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah
                      iv.            Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif











CARTA ALIR PROGRAM INKLUSIF MURID PENDIDIKAN KHAS DI ALITRAN PERDANA



Diamond: BERJAYA


 






















PENILAIAN
 
                                                                                                                 











Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi murid berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :
  1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
  2. Bersosialisasi
  3. Menduduki peperiksaan awam


Pra Inklusif di kelas pendidikan khas

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara murid berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek :
  1. Kurikulum perdana
  2. Masa pembelajaran
  3. Asas kemahiran


Mesyuarat jawatankuasa inklusif

  1. Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:
    1. Pengerusi:  pengetua/guru besar
    2. Naib pengurusi:  guru penolong kanan kurikulum/guru penolong  kanan pendidikan khas
    3. Setiausaha:  guru pendidikan khas
    4. Ahli jawatankuasa:
                                                              i.      Guru kelas
                                                            ii.      Guru mata pelajaran
                                                          iii.      Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
                                                          iv.      Guru bimbingan dan kaunseling
2.   Menetapkan kelas yang sesuai  berdasarkan pencapaian  
      murid berkeperluan khas
3.   Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
4.   Merancang dan membina instrumen penilaian
5.  Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi murid berkeperluan 
      khas dalam program pendidikan separa inklusif


Pelaksanaan

  1. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat
  2. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Murid berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif



Penilaian

  1. Penilaian murid berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:
    1. Tingkah laku
    2. Sosial
    3. Akademik
  2. Murid-murid berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif
  3. Murid berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif

1 comment: